Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan
setiap penyakit yang Allah s.w.t turunkan itu disertakan sekali
penawarnya kecuali mati. Allah s.w.t. adalah Maha Penyembuh. Tiada
penyembuhan melainkan penyembuhan daripada-Nya. Dia menyembuhkan kita
dengan rahmatNya. Rahmat Allah yang Maha luas itu datang dari kasih
sayang kepada hamba-hambaNya yang beriman. Al-Quran adalah solusi
penyembuhan yang terbaik sebagaimana firman Allah s.w.t. :
“Wahai
umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang
menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang
beriman”. - Surah Yunus, ayat 57
Penyakit jantung koronari adalah hasil daripada
pembentukan plak dalam saluran darah atau arteri koronari dan keadaan
ini dipanggil aterosklerosis. Ateroskelrosis menyebabkan saluran darah,
yang asalnya licin dan elastik, sekarang disebabkan oleh pembentukan
plak menjadi sempit dan aliran darah ke jantung tersekat. Akibatnya,
jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting yang
perlu untuk mengepam darah dengan betul. Hal ini meningkatkan risiko
untuk serangan jantung apabila jantung perlu bekerja keras.
Gaya
hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang
bersenam adalah pemangkin utama selain faktor salasilah keluarga yang
mempunyai penyakit jantung. Dari usia muda, plak kolesterol boleh
berkumpul dalam dinding saluran darah. Semakin berusia, beban plak akan
membina, dinding saluran darah juga akan membengkak.
Akibatnya,
saluran arteri koronari semakin mengecil. Apabila pesakit melakukan
aktiviti yang berat atau mengalami tekanan yang meningkat, otot jantung
tidak menerima bekalan darah yang mengandungi oksigen yang secukupnya
disebabkan oleh saluran arteri yang sempit. Ini akan menyebabkan
sesetengah pesakit akan merasa sakit di bahagian dada dan berkemungkinan
mendapat serangan jantung.
Punca-punca
Masalah
penyakit jantung ini berlaku tanpa mengira kira faktor bangsa, latar
belakang pendidikan dan kedudukan status sosial ekonomi. Walaupun punca
sebenar tidak diketahui, penyakit jantung koronari boleh bermula dengan
kerosakan atau kecederaan kepada lapisan dalaman arteri.
Kerosakan yang mungkin disebabkan oleh:
- Tekanan darah tinggi (Hypertension)
- Kolesterol tinggi, akibat pemakanan terlalu banyak kolesterol atau lemak tepu dalam diet anda
- Merokok dan sumber-sumber lain nikotin
- Diabetes
Kerosakan
pada dinding dalaman arteri yang telah lama berlaku akan menyebabkan
darah beku dan lemak dalam darah akan melekat dan terkumpul pada darah
beku tersebut dan seterusnya menyebabkan aterosklerosis. Kerapkali
berlaku, darah beku tersebut boleh menyekat bekalan darah kepada otot
jantung, menyebabkan berlakunya serangan jantung.
Tanda-tanda Awal Penyakit Jantung Koronari
Gejala
paling biasa penyakit arteri koronari adalah angina, atau sakit dada.
Angina boleh digambarkan sebagai sakit seperti jantung dipijak-pijak,
rasa berat, tekanan tinggi, pedih, kebas, perasaan seperti jantung
diperah atau menyakitkan. Ia boleh disalah anggap sebagai senak atau
pedih ulu hati. Angina biasanya dirasai di dada, tetapi juga boleh
dirasai di bahu kiri, lengan, leher, belakang, atau rahang.
Gejala-gejala lain yang boleh berlaku dengan penyakit arteri koronari termasuk:
- Sesak nafas
- Berdebar-debar (denyutan jantung yang tidak teratur, atau "flip-flop" perasaan di dada)
- Kelemahan, kelesuan atau pening
- Loya
- Berpeluh
Seperti
yang diterangkan diatas, jantung tersumbat berlaku apabila plak dan
lemak dalam arteri meningkat dan menyempit ke tahap di mana ia tidak
boleh membekalkan cukup darah yang kaya dengan oksigen untuk memenuhi
keperluan jantung. Serangan jantung boleh berlaku dengan atau tanpa rasa
sakit dada dan gejala-gejala lain. Masalah jantung tersumbat adalah
yang paling biasa dialami semasa:
- Senaman atau melakukan senaman
- Makan
- Stress atau tekanan
- Pendedahan kepada sejuk
Masalah
jantung tersumbat ini boleh berlaku tanpa sebarang tanda-tanda amaran
dan ia adalah lebih biasa di kalangan pesakit diabetes.
Pembedahan
dan prosedur invasive lain akan dijalankan setelah dikenalpasti selamat
untuk dilakukan. Prosedur biasa untuk merawat penyakit arteri koronari
termasuk belon angioplasti (PTCA), penempatan stent dan pembedahan
pintasan (bypass) arteri koronari. Semua prosedur ini akan meningkatkan
bekalan darah ke jantung anda, tetapi prosedur tersebut tidak
menyembuhkan penyakit jantung koronari. Anda masih perlu mengurangkan
faktor-faktor risiko untuk mencegah penyakit pada masa hadapan dengan
amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Jika arteri tidak dibuka secukupnya selepas prosedur angioplasti belon,
doktor boleh menempatkan satu stent (satu struktur logam yang kecil)
dalam arteri. Alat stent ini dimuatkan diatas sebiji kateter belon.
Prosedur untuk meletakkan stent adalah sama dengan prosedur angioplasti
belon. Penempatan stent-stent kekal tetap dalam arteri.
Selepas stent ditempatkan pada saluran jantung, penyempitan semula saluran darah boleh berlaku dan ini dinamakan restenosis/penyempitan semula saluran darah. Stent dengan ubat bolen mengurangkan penyempitan semula saluran darah berbanding dengan stent logam biasa. Bagaimanapun terdapat risiko pembekuan darah (trombosis) walaupun risikonya rendah.
Selepas stent ditempatkan pada saluran jantung, penyempitan semula saluran darah boleh berlaku dan ini dinamakan restenosis/penyempitan semula saluran darah. Stent dengan ubat bolen mengurangkan penyempitan semula saluran darah berbanding dengan stent logam biasa. Bagaimanapun terdapat risiko pembekuan darah (trombosis) walaupun risikonya rendah.
Kos penempatan alat stent di hospital kerajaan adalah RM5,500. Menurut seorang pakar bedah jantung, beliau menasihatkan agar keputusan untuk merawat menggunakan stent perlu melalui perbincangan bersama pesakit dan ahli keluarga
sebelum keputusan lanjut mengenai kaedah rawatan terbaik yang paling
sesuai untuk pesakit itu dibuat. Rujukan juga boleh dilakukan kepada
pakar bedah jantung supaya opsyen pembedahan juga boleh ditawarkan
kepada pesakit.
Andro plus menurunkan selsema..demam selsema.demam panas.sakit tekak.masalah kerosakan hati dan cirit birit.kandungan utama adalah andrografolida yang banyak di temui di daun hempedu bumi.andrografolida berupaya mrncegah pegumpulan kolestrol yang pekat dalam saluran darah ke tahap yang lebih baik berbanding minyak ikan kod sebanyak 10 kali ganda berkesan Kajian d jalankan mendapati andrografolida mengurangkan kelesuan badan.sebanyak 50 %.sakit tekak berkurang sebanyak 40% sakit otot berkurang sebanyak 48% dan pening kerana resdung berkurang sebanyak 30%.risiko untuk.di jangkiti selsema 2 kali menurun selepas amal kan.andro plus
BalasPadamSebotol harga rm65..dgn formula sejuk kn badan..mmg bkesan trun kn darah tngi.hubungi sy zuhairi..0174687570
BalasPadam