Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Buat sekian lama menyepi...ku muncul kembali. Biasalah, hal dunia, sibuk je memanjang. Sekarang duk tengah intai kot2 ada lah yang sudi berkongsi pengalaman @ pengetahuan berkenaan "Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29". (panjangnya tajuk)... Hehehe...
Peperiksaan kali pertama untuk jawatan ni, dan kali kedua untuk diriku untuk tahun ni... huhu. Februari lepas, exam Penguasa Kastam... Keputusannya "TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN"...belum rezeki atau mungkin rezeki di tempat lain (Fikir positif!). Sabar, Ujian!
Persediaan untuk exam kali ni, baca nota2 teknologi maklumat je... Kalau ada yang sudi kongsi nota2 yang lebih berguna tu, silakanlah~
Masih mencari-cari bahan yang patut untuk exam kali ni, tetiba teringat buku "MALAYSIA KITA"... Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan... Mungkin ada manfaatnya... Baca jangan tak baca! ~pesanan untuk diri sendiri.(Beli buku ini beberapa bulan lalu dengan Baucer Buku 1 Malaysia).
Tahun 2010 pernah juga menduduki exam F29, tapi yang kerajaan negeri. Oh, punyalah susah exam macam kat universiti. Hehehe, semuanya subjektif...Alhamdulillah lulus exam tu, tapi "GAGAL" peringkat temuduga. Sabar, Ujian! ...belum rezeki atau mungkin rezeki di tempat lain (Fikir positif lagi!).
Walaupun pernah 2 kali "LULUS" temuduga dan bekerja dalam bidang IT tapi kedua2nya hanyalah jawatan kontrak. Sehingga kini, ku bagai layang-layang terputus tali... apatah lagi suatu ketika dulu, kontrak tak disambung. (oh sedihnya) ...belum rezeki atau mungkin rezeki di tempat lain (Fikir positif lagi dan lagi!). Sabar, Ujian!
Semoga keputusan exam kali ini lebih bermakna! Kalau ...belum rezeki atau mungkin rezeki di tempat lain
(Fikir positif lagi dan lagi dan lagi!). Sabar, Ujian!
Walau apapun, kita perlu berusaha. Ya, USAHA!
Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri.
Doa merupakan senjata orang Mukmin. Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita + Tawakal.
Tawakal bererti berserah kepada Allah.
Bahan yang terakhir adalah Redha. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Maka,apabila kita redha. InsyaAllah kita akan TENANG!
Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG.
Buat semua yang akan menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 pada 29 September 2012, Selamat Maju Jaya!
Buat semua yang akan menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 pada 29 September 2012, Selamat Maju Jaya!
Gudluck! Cukelat!
BalasPadamsy pun akan menduduki exam utk jwtn f29 juga 29 sept ni.. baru mula study smlm sbb sblm2 ni asik busy aje.. takat ni baru baca psl sejarah m'sia n psl jentera pentadbiran negara, pening jugak nk study mcm2 perkara nih, huhu.. anyway, good luck ya
BalasPadamsemua dh tertulis...sy dh hampir 10 tahun tidak menghadiri mana2 temuduga dan ujian,sabtu ini sy akan cuba sekali lagi.. jika rezeki kita..xkan kemana.
BalasPadamdemi sebuah diploma yg sy genggam,sy akan usaha untuk menggunakannya..walau kini sy telah 5 tahun bergelar usahawan.
Good luck dan semoga berjaya
BalasPadamSalam...saya juga berhadapan dengan situasi yang sama,ingin menduduki peperiksaan F29 kali pertama,memang dah tentu perasaan cuak ni membuak-buak..Semoga berjaya untuk peperiksaan esok.
BalasPadamFaizal: Terima kasih.
BalasPadamcik lin butterfLYNN~~ :Good luck!
Tanpa Nama :Good luck!
Hanif Idrus :Terima kasih.
Tanpa Nama ::Good luck!
hi awak,
BalasPadamsaja google tajuk ni tadi..saya pon baru lepas exam tadi.. salam kenal :)
Bitt (double IS): salam kenal :)
BalasPadamsalam.. hi awak.. slmat berkenalan,
BalasPadammcm mana result exam PPTM ni?
NooR hEkmAt HasHiM: wslm. salam kenal :)
BalasPadamresult, alhamdulillah...lulus!
tahniah2... dah dpt surat dr SPA ke blum?
BalasPadamtak terus interview kan? ade assessment dulu kan?
NooR hEkmAt HasHiM: Trm kasih... surat belum lagi... masih menunggu utk stage seterusnya...
BalasPadammcm mana? dh dpt surat temuduga?
BalasPadamsaya dh dpt, 28hb ni kat putrajaya..:)
gud luck utk awak..
ila 3.1.2013... gud luck NooR hEkmAt HasHiM, nanti share la info :)
BalasPadamila nak tanya soalan2 y awk buat utk exam tu dlm bentuk objektif @ subjektif?
BalasPadamTanpa Nama: soalan objektif. isu semasa, matematik, dan logik :)
BalasPadamila dpt interview kat mana?
BalasPadamsaya 28hb kat putrajaya..:)
NooR hEkmAt HasHiM:
BalasPadamila 3 Jan di Kuala Terengganu :)
Tahun ini pun ada exam Penolong Pegawai Teknologgi Maklumat F29 pada 8 Mac. Mungkin rujukan exam ini boleh membantu calon buat persedian. Baca di laman berikut: http://panduanexamspa.blogspot.com/2014/02/panduan-peperiksaan-memasuki.html
BalasPadamterima kasih... tumpang sedut. saya salah 1 calon.
BalasPadamDapat pengecualian :D
BalasPadamPENGECUALIAN DARI MENDUDUKI PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
Dimaklumkan bahawa tuan/puan DIKECUALIKAN daripada menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 pada 8/03/2014.
apa mksudnya tu..dikecualikan atas sbb apa erk?saya pun cam tu..
Padamtak pasti sebabnya, tapi kawan pun dapat pengecualian juga, mungkin sebab pernah lulus exam sebelumnya.
Padamsalam perkenalan semua!..1stly tahniah pada ila..sy bru lepas hadapi exam pada 8/03/2014..nk tye klu diizinkan lulus (insha Allah)..ape stage seterusnye ye?..terus temuduga atau kna assesment juga..
BalasPadamsebelum ni kami bernasib baik, dikecualikan assesment. terus temuduga je. tapi xde rezeki. gagal... untuk kali ni xtau la mcm mana.
Padamsalam ila..boleh x kongsi pengalaman temuduga tu..mungkin blh wat panduan utk akan dtg insha Allah..tq ;)
PadamWassalam. Boleh rujuk >> http://www.azila.my/2012/12/temuduga-penolong-pegawai-teknologi.html
PadamMoga ianya membantu. Sekadar perkongsian.