Isnin, 2 Januari 2012

Sebiji Pisang dan Petua





Makan sebiji pisang sebelum tidur boleh menyebabkan tidur lena?


Memakan sebuah pisang sebelum tidur dapat membantu anda, kata Saundra Dalton Smith,  internis yang juga penulis Set Free to Live Free: Breaking Through the 7 Lies Women Tell Themselves. Pisang merupakan sumber yang sangat baik dari magnesium dan potasium yang dapat membantu otot-otot anda berehat. Pisang juga mengandung triptofan yang diubah menjadi serotonin dan melatonin yang berguna menenangkan hormon otak. Meminum jus pisang yang dicampurkan dengan secawan susu sebelum tidur dapat membuat anda mengantuk.



Sebiji pisang ada dua isi --> Gambar Hiasan

Kaum wanita DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi untuk mencegah kanser, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum air masak sebaik sahaja bangun dari tidur.

Tahukah anda? Pisang dapat membantu mengatasi kulit kusam dan tidak bermaya. Kandungan dalam pisang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Jika diamalkan dikatakan dapat membantu melambatkan kulit menjadi kedut kerana kandungan pisang yang bertindak sebagai agen anti penuaan. Petua elak kedut dan kusam, sapukan kulit pisang bahagian dalam pada muka, kemudian bilas.


Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki  peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.

1 comments:

  1. Thanks for info...
    tapi dengar makan pisang bayak dapat kencing manis

    BalasPadam