Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Ahad, 6 Julai 2014

Resepi Mudah : Nasi Paprik

Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas mendidih, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. Hidangkan.

1,001 Khasiat Madu

Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia.

Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu? 

Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.  

Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.


Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

Melegakan sakit tekak dan batuk

Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.


Merawat luka dan cedera ringan

Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.


Baik untuk sistem pencernaan badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.


Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.


Kegunaan lain

Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.


Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam

Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.

Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11 http://www.hmetro.com.my

Lain-lain:


Sabtu, 5 Julai 2014

Resepi Mudah : Ayam Bercili Masak Ketumbar

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit
Sedikit garam
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di kisar halus
4 sudu besar cili kisar
2 keping asam gelugur

Cara memasak:

1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dikisar. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam gelugur, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan.

Jumaat, 4 Julai 2014

Resepi Mudah : Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai
10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara memasak:

1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 3 Julai 2014

Resepi Mudah : Udang Masak Serai Wangi

Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.