Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Rabu, 11 Disember 2013

Khasiat Bawang Putih

Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.


Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema.  Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Sumber :http://pama.karangkraf.com

Sabtu, 2 November 2013

Buah Delima Kaya Khasiat

Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:


*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual

Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).

Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.

Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.

Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Sumber : http://pama.karangkraf.com

Sabtu, 26 Oktober 2013

KHASIAT DURIAN BELANDA

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh. Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Jurujual Yang Malang

Seorang salesman "Vacum  Cleaner" menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat tuan rumah itu berkata sepatah perkataan pun, dia menghamburkan pelbagai kotoran ke karpet ruang tamu.
 

"Puan!" katanya, "Saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali seperti sediakala dalam sekelip mata sahaja. Jika masih kekotoran yang tertinggal, saya bersedia untuk memakannya".. kata salesman itu dengan bangga.

"Kalau begitu kamu bolehlah memakannya sekarang kerana rumah saya belum ada elektrik".

Jumaat, 11 Oktober 2013

Tips Memilih Minyak Wangi Untuk Lelaki

Sejak kebelakangan ini ramai lelaki sudah mula sedar tentang peri pentingnya fesyen namun apa gunanya bergaya sekiranya badan bau hapak dan tidak menyenangkan. Untuk memastikan badan anda bebas dari pencemaran bau, bolehlah memilih minyak wangi yang terbaik yang mana aromanya mampu memikat hati.

Bagi lelaki minyak wangi itu merupakan simbol lelaki sejati. Jarang kaum adam ini menukar haruman mereka berbanding wanita yang pasti mempunyai pelbagai jenis wangian. Namun ada sesetengah minyak wangi yang tidak tahan lama dan tidak berkualiti. 


Di sini ada beberapa tips yang boleh lelaki-lelaki di luar sana praktiskan:

Ketahui bau kegemaran anda
Jika anda ingin memilih minyak wangi, janganlah segan untuk bertanya kepada jurujual kerana pastinya mereka banyak pengalaman dan arif tentang jenis-jenis minyak wangi. Anda bolehlah meminta mereka mencadang jenis minyak wangi yang berkualiti dan jenis bau kegemaran anda.

Elakkan dari menggunakan banyak minyak wangi
Apabila terlalu banyak minyak wangi digunakan, hidung anda pastinya akan tidak selesa dan tidak dapat menilai mana satu yang sesuai. Kalau boleh,hadkan dua atau tiga sahaja minyak wangi. Sekiranya banyak sangat pastinya bermacam bau muncul.

Jangan terlalu gelojoh membeli minyak wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas digunakan. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus membeli. Seeloknya buatlah 'survey' terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

Elak gosok pergelangan tangan
Ini kebiasanya apabila membeli minyak wangi anda pasti akan mengosok pergelangan tangan, cara ini tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menjejaskan bau minyak wangi yang sebenar dan sebaiknya tunggu sehingga ia kering sendiri.

Jangka hayat minyak wangi
Mengikut kajian dikatakan minyak wangi hanya dapat bertahan selama tiga tahun. Kadangkala ada minyak wangi yang dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sudah melebihi tempoh tersebut. Berhati-hatilah memilih minyak wangi agar anda tidak tersalah beli minyak wangi yang sudah 'expired'.

Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi. Selamat mencuba!