Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Khamis, 25 Julai 2013

Rahsia Tentang Kismis

Kismis dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.

Imam Ali a.s. bersabda: Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa. Riwayat lain dari Abi Jaafar At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.



Antara fungsi kismis :

Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

Rabu, 24 Julai 2013

4 Sebab Kenapa Tidak Elok Makan Roti

Seperti biasa roti sudah menjadi kegemaran ramai orang. Selain mengenyangkan, mudah didapatkan dan harganya agak berpatutan, rasa roti juga beraneka ragam. Meskipun begitu, bukan bererti roti adalah makanan yang menyihatkan.


Berikut adalah alasan mengapa anda tidak boleh terlalu banyak makan roti, seperti dinyatakan oleh Times of India (16/01).

1. Tidak bernutrisi

Tidak seperti makanan lain, terutamanya roti putih tidak mengandungi nutrisi. Dengan memakan roti, anda tidak akan mendapatkan serat atau manfaat dari gandum yang lengkap yang ada di dalamnya. Meskipun begitu, roti yang dibuat dari gandum masih mengandungi sedikit nutrisi. Jadi, jika anda ingin mengambil roti untuk mendapatkan nutrisi, pilihlah roti gandum.

2. Terlalu banyak garam

Kebanyakan roti, terutamanya roti hasil daripada proses yang dibeli di supermarket, mengandungi banyak garam dan natrium. Jadi, jika anda mengambil roti, jangan lupa untuk selalu menghitung natrium yang ada di dalamnya. Tentu saja mengambil satu atau dua lapisan roti tawar tidak akan berbahaya. Namun akan lebih baik jika anda membuat dan memanggang roti sendiri di rumah, tanpa menggunakan terlalu banyak garam.

3. Boleh gemuk

Karbohidrat, garam, pengganti gula, dan bahan pengawet yang ada dalam roti boleh membuat berat badan bertambah. Jadi jangan terlalu banyak mengambil roti jika ingin menjaga berat badan. Makan roti sesekali tidak bermasalah, namun pilihlah roti yang sihat.

4. Tidak puas

Meskipun mengenyangkan, namun roti tidak boleh membuat anda puas kerana kurangnya nutrisi di dalamnya. Selain itu, roti juga tidak mengenyangkan jika hanya diambil sedikit.

Itulah beberapa sebab anda tidak boleh terlalu selalu makan roti. Daripada makan roti, lebih baik anda mengambil makanan yang lebih bernutrisi dan baik untuk kesihatan tubuh.

Selasa, 23 Julai 2013

Tudung Cantik dan Murah!

TAMPIL CANTIK DAN BERSERI DI HARI RAYA!

3 Kategori Tudung untuk dipilih ~ Tudung Halfmoon Chiffon, Shawl Chiffon Plain, Shawl Chiffon Printed ~



Terdapat pelbagai variasi warna dan pelbagai bentuk untuk dipilih. Pasti menyerlahkan lagi kecantikan anda di pagi raya.

Gambar atas kanan:
Tudung Halfmoon Chiffon >> http://bit.ly/14uwln0

Gambar bawah:
Shawl Chiffon Plain >> http://bit.ly/134P1Ek

Gambar atas kiri:
Shawl Chiffon Printed >> http://bit.ly/1b4S1JU

Sila pilih code pada bahagian bawah (bawah Ciri-Ciri Produk) untuk menyemak stok tudung.

Produk PANAS dan CEPAT HABIS! Dapatkan segera

P/S: Gambar yang dipaparkan adalah sebahagian sahaja. Sila klik link di atas untuk melihat kesemua stok tudung.

Isnin, 22 Julai 2013

Enam Falsafah Buah/Sayur



1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover. Jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah cili
Semakin tua semakin pedas.
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.

Ahad, 21 Julai 2013

Rahsia Lemon sebagai Penyembuh Semulajadi

Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuih-muih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3.
KHASIAT

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa khasiat lemon:

1. Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
2. Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
3. Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
4. Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
5. Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
6. Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
7. Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
8. Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
9. Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
10. Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
11. Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
12. Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.