Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Rabu, 16 November 2011

Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.


Sabtu, 12 November 2011

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."



Rabu, 9 November 2011

Usaha Tangga Kejayaan

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Selasa, 8 November 2011

Teka-teki Imam Ghazali R.A

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


Ahad, 6 November 2011

Menghayati Hari Raya korban

oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.