Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Jumaat, 21 Januari 2011

Kenapa Aku Diuji?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Kawan-kawan buat apa yer pagi ni? Ila nak kongsi satu renungan buat semua di pagi jumaat yang nyaman ni. Kiriman dari seorang guru berbunyi:

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi.

Selasa, 18 Januari 2011

Terima Kasih...

Selamat malam semua,

Hari ni ila pergi sekolah, setelah 2 minggu ila meninggalkannya. Ila pergi berjumpa sahabat-sahabat ila. Terasa diri ni amat dihargai. Ila dijamu dengan laksa dan kuih-muih. Sedap... Sebelum pulang, ila terima pula hadiah kenangan dari sahabat-sahabat.

Ahad, 16 Januari 2011

Tips Temuduga

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kawan-kawan nak ke mana hari ni ye? Ila tak ke mana pun, hanya buat persediaan untuk temuduga esok. Jom kongsi tips yang ila dapat. Persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadiri temuduga?

Isnin, 10 Januari 2011

Susu Lebah Penawar Penyakit

Susu lebah adalah sejenis cecair pekat berwarna krim yang dihasilkan oleh lebah pekerja di dalam sarang. Kelenjar mereka mengeluarkan susu lebah, eksklusif untuk makanan ratu lebah. Susu lebah diberikan kepada anak lebah semasa tempoh pembesaran.

Jumaat, 7 Januari 2011

Etika Perniagaan Internet Dalam Islam

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Semakin hari dunia semakin canggih, hinggakan dunia hari ini kanak-kanak tadika pun dah pandai menggunakan internet, malah golongan berusia juga tidak ketinggalan.

Apa itu perniagaan internet?