Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Rabu, 5 Januari 2011

Khasiat Dadih

Dadih digemari ramai tanpa mengira umur kerana rasanya yang lemak manis.











Isnin, 3 Januari 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Selamat kembali ke sekolah terutamanya adik-adik pelajar. Tidak lupa juga guru-guru dan kakitangan sekolah. Hari ini pastinya adik-adik berbaju baru, kasut baru, beg sekolah baru dan semua baru kan?
Tapi jangan lupa azam baru adik-adik ye.
Tanamkan cita-cita baru untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan cemerlang.

Ciri-ciri pelajar cemerlang:

* Anak yang soleh/solehah - Solat 5 waktu, sentiasa berdoa, tidak menderhaka kepada ibu bapa.
* Anak yang disayangi - Menghormati orang tua, menghormati guru dan sentiasa bersopan.
* Anak yang berwibawa - Menjaga penampilan peribadi (personaliti/ tingkah laku) dan fizikal (pakaian/ perwatakan)

Adik-adik jangan abaikan pelajaran dan berusahalah untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Katakan BOLEH! Yakin Boleh! Adik-adik pasti Berjaya! InsyaAllah...

Sabtu, 1 Januari 2011

Tahun Baru 2011, Azam Baru, Hidup Baru...

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2011.

Apa azam baru kawan-kawan? Sempena tahun baru 2011 ni, Ila berazam nak capai satu target. Nak mulakan hidup baru setelah "bersara". Hah, muda-muda lagi dah bersara? Ye, bersara sebagai seorang pegawai IT berstatus kontrak. Hahaha.

Azam ila nak memulakan perniagaan sendiri. Ilmu berkaitan banyak ila pelajari dari rakan-rakan usahawan internet. Tahniah dan terima kasih atas segala bantuan anda semua!

Kawan-kawan yang berminat, boleh la jenguk link ni http://mulaniaga.com
"Ebook Mula Niaga : Offline & Online" ini merupakan panduan lengkap persediaan bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan. Buku ini dilancarkan sempena Tahun Baru 2011.

Selamat berjaya kawan-kawanku. Semoga masa hadapan lebih bermakna.

Rabu, 8 Disember 2010

Hijrah: Persiapan Diri Menuju Alaf Baru

Oleh:Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah
Panel Penulis JAKIM.

Awal Muharram sekali lagi menyingkap tirai dan mengimbau perjuangan agung Rasulullah s.a.w. menghadapi kebejatan jahiliah dan kemelut permasalahan yang tidak berkesudahan. Ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam sejarah kemerdekaan sejati bagi umat Islam daripada belenggu jahiliah dalam pelbagai aspek kehidupan.


Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Idul Adha


Bagi penganut beragama Islam tentunya setiap tahunnya merayakan hari raya qurban atau hari raya idul adha, tapi sebenarnya adakah kawan-kawan tahu di awal adanya hari raya idul adha dahulu? Berikut ini kisahnya...

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.

Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.

Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.

Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat (Ayat 101-111)