Era ke-21 menjadi saksi perkembangan pesat teknologi maklumat dan penekanan pada hasil dan keberkesanan. Daya pembelajaran yang tinggi, daya ingatan yang baik, kreativiti, fikiran yang jelas dan kepintaran adalah kunci untuk mengekalkan daya saing dan semua ini dapat tercapai melalui otak yang sihat dan cerdas. Justeru itu dalam era ini, menjaga kecerdasan otak adalah tanggungjawab sepanjang hayat.