Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Selasa, 24 Mei 2011

Keputusan Peraduan "Teka dan Menang"

Assalamualaikum,

Maaf... Keputusan peraduan " Teka & Menang" tidak dapat diumumkan buat masa ini kerana masalah teknikal.

Harap Maklum.

Khamis, 12 Mei 2011

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.

Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri. Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Isnin, 2 Mei 2011

Siapakah Kita?

Assalamualaikum,

Selamat pagi. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Siapakah kita? Renung-renungkan...