Ahad, 3 Oktober 2010

Jaga Kesihatan

Assalamualaikum...

Wow...Lama ila bercuti. Cuti-cuti Malaysia. Haha. Apa khabar semua? Diharapkan semua sihat dan ceria. Ila agak sibuk kebelakangan ni. Terpaksa berulang alik dari Bachok-KT. Mak mertua ila berada kat wad Hospital Sultanah Nur Zahirah.Hari ni dah 11 hari masuk wad. Mak dah semakin sihat selepas pembedahan minggu lepas. Alhamdulillah, Kalau semuanya ok, petang ni InsyaAllah boleh la pulang ke rumah.
Ila bersyukur kerana diberi kesempatan waktu untuk menjaga mak kat hospital. Rasa bahagia dapat berbakti kepadanya. Walaupun masa itu terlalu singkat.
Sepanjang duk kat hospital, macam-macam kes yang ada. Almaklum wad ni memang wad untuk pembedahan. Kebanyakan remaja mengalami masalah apendik dan muntah darah. Ada juga kes kemalangan yang dimasukkan ke sini. Semalam ada seorang makcik ni kemalangan terlanggar pokok akibat terbabas kerana mengelak daripada binatang. Paha makcik ni patah. Anak dan cucu pula meninggal. Al-Fatihah.
Berada di hospital, menyedarkan ila bahawa kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan diri untuk kesejahteraan kita bersama.

1 comments:

  1. betul tu ila..ramai orng x sedar pasal pentingnya kesihatan nih..skali dh sakit duet byk pun x leh buat apa dah..

    BalasPadam