Sabtu, 22 Jun 2013

Penyakit Jantung Koronari

Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan setiap penyakit yang Allah s.w.t turunkan itu disertakan sekali penawarnya kecuali mati. Allah s.w.t. adalah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan penyembuhan daripada-Nya. Dia menyembuhkan kita dengan rahmatNya. Rahmat Allah yang Maha luas itu datang dari kasih sayang kepada hamba-hambaNya yang beriman. Al-Quran adalah solusi penyembuhan yang terbaik sebagaimana firman Allah s.w.t. :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”. - Surah Yunus, ayat 57

Penyakit jantung koronari adalah hasil daripada pembentukan plak dalam saluran darah atau arteri koronari dan keadaan ini dipanggil aterosklerosis. Ateroskelrosis menyebabkan saluran darah, yang asalnya licin dan elastik, sekarang disebabkan oleh pembentukan plak menjadi sempit dan aliran darah ke jantung tersekat. Akibatnya, jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting yang perlu untuk mengepam darah dengan betul. Hal ini meningkatkan risiko untuk serangan jantung apabila jantung perlu bekerja keras.
Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah pemangkin utama selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung. Dari usia muda, plak kolesterol boleh berkumpul dalam dinding saluran darah. Semakin berusia, beban plak akan membina, dinding saluran darah juga akan membengkak.

Akibatnya, saluran arteri koronari semakin mengecil. Apabila pesakit melakukan aktiviti yang berat atau mengalami tekanan yang meningkat, otot jantung tidak menerima bekalan darah yang mengandungi oksigen yang secukupnya disebabkan oleh saluran arteri yang sempit. Ini akan menyebabkan sesetengah pesakit akan merasa sakit di bahagian dada dan berkemungkinan mendapat serangan jantung.

Punca-punca

Masalah penyakit jantung ini berlaku tanpa mengira kira faktor bangsa, latar belakang pendidikan dan kedudukan status sosial ekonomi. Walaupun punca sebenar tidak diketahui, penyakit jantung koronari boleh bermula dengan kerosakan atau kecederaan kepada lapisan dalaman arteri.
Kerosakan yang mungkin disebabkan oleh:
  • Tekanan darah tinggi (Hypertension)
  • Kolesterol tinggi, akibat pemakanan terlalu banyak kolesterol atau lemak tepu dalam diet anda
  • Merokok dan sumber-sumber lain nikotin
  • Diabetes
Kerosakan pada dinding dalaman arteri yang telah lama berlaku akan menyebabkan darah beku dan lemak dalam darah akan melekat dan terkumpul pada darah beku tersebut dan seterusnya menyebabkan aterosklerosis. Kerapkali berlaku, darah beku tersebut boleh menyekat bekalan darah kepada otot jantung, menyebabkan berlakunya serangan jantung.

Tanda-tanda Awal Penyakit Jantung Koronari

Gejala paling biasa penyakit arteri koronari adalah angina, atau sakit dada. Angina boleh digambarkan sebagai sakit seperti jantung dipijak-pijak, rasa berat, tekanan tinggi, pedih, kebas, perasaan seperti jantung diperah atau menyakitkan. Ia boleh disalah anggap sebagai senak atau pedih ulu hati. Angina biasanya dirasai di dada, tetapi juga boleh dirasai di bahu kiri, lengan, leher, belakang, atau rahang.
Gejala-gejala lain yang boleh berlaku dengan penyakit arteri koronari termasuk:
  • Sesak nafas
  • Berdebar-debar (denyutan jantung yang tidak teratur, atau "flip-flop" perasaan di dada)
  • Kelemahan, kelesuan atau pening
  • Loya
  • Berpeluh
Seperti yang diterangkan diatas, jantung tersumbat berlaku apabila plak dan lemak dalam arteri meningkat dan menyempit ke tahap di mana ia tidak boleh membekalkan cukup darah yang kaya dengan oksigen untuk memenuhi keperluan jantung. Serangan jantung boleh berlaku dengan atau tanpa rasa sakit dada dan gejala-gejala lain. Masalah jantung tersumbat adalah yang paling biasa dialami semasa:
  • Senaman atau melakukan senaman
  • Makan
  • Stress atau tekanan
  • Pendedahan kepada sejuk
Masalah jantung tersumbat ini boleh berlaku tanpa sebarang tanda-tanda amaran dan ia adalah lebih biasa di kalangan pesakit diabetes.

Pembedahan dan prosedur invasive lain akan dijalankan setelah dikenalpasti selamat untuk dilakukan. Prosedur biasa untuk merawat penyakit arteri koronari termasuk belon angioplasti (PTCA), penempatan stent dan pembedahan pintasan (bypass) arteri koronari. Semua prosedur ini akan meningkatkan bekalan darah ke jantung anda, tetapi prosedur tersebut tidak menyembuhkan penyakit jantung koronari. Anda masih perlu mengurangkan faktor-faktor risiko untuk mencegah penyakit pada masa hadapan dengan amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.


Jika arteri tidak dibuka secukupnya selepas prosedur angioplasti belon, doktor boleh menempatkan satu stent (satu struktur logam yang kecil) dalam arteri. Alat stent ini dimuatkan diatas sebiji kateter belon. Prosedur untuk meletakkan stent adalah sama dengan prosedur angioplasti belon. Penempatan stent-stent kekal tetap dalam arteri.

Selepas stent ditempatkan pada saluran jantung, penyempitan semula saluran darah boleh berlaku dan ini dinamakan restenosis/penyempitan semula saluran darah. Stent dengan ubat bolen mengurangkan penyempitan semula saluran darah berbanding dengan stent logam biasa. Bagaimanapun terdapat risiko pembekuan darah (trombosis) walaupun risikonya rendah.

Kos penempatan alat stent di hospital kerajaan adalah RM5,500. Menurut seorang pakar bedah jantung, beliau menasihatkan agar keputusan untuk merawat menggunakan stent perlu melalui perbincangan bersama pesakit dan ahli keluarga sebelum keputusan lanjut mengenai kaedah rawatan terbaik yang paling sesuai untuk pesakit itu dibuat. Rujukan juga boleh dilakukan kepada pakar bedah jantung supaya opsyen pembedahan juga boleh ditawarkan kepada pesakit.

2 comments:

  1. Andro plus menurunkan selsema..demam selsema.demam panas.sakit tekak.masalah kerosakan hati dan cirit birit.kandungan utama adalah andrografolida yang banyak di temui di daun hempedu bumi.andrografolida berupaya mrncegah pegumpulan kolestrol yang pekat dalam saluran darah ke tahap yang lebih baik berbanding minyak ikan kod sebanyak 10 kali ganda berkesan Kajian d jalankan mendapati andrografolida mengurangkan kelesuan badan.sebanyak 50 %.sakit tekak berkurang sebanyak 40% sakit otot berkurang sebanyak 48% dan pening kerana resdung berkurang sebanyak 30%.risiko untuk.di jangkiti selsema 2 kali menurun selepas amal kan.andro plus

    BalasPadam
  2. Sebotol harga rm65..dgn formula sejuk kn badan..mmg bkesan trun kn darah tngi.hubungi sy zuhairi..0174687570

    BalasPadam