Ahad, 9 Disember 2012

Kisah ROKOK

Assalamualaikum WBT,

Ada tiga sahabat, kura-kura… kodok… lipan kaki seribu. Suatu hari kura-kura menjemput dua sahabat ke rumahnya untuk makan-makan. Setelah asyik bersembang, makan, minum dan lain-lain, si kodok berkata:


“Eh… rasa macam ada yang kurang ye… lipan pun menyampuk “ye jugak..”… Oh iya kita tak ada rokok ya… patut rasa lain sangat ni…”
Kura-kura: “Iya ya… maaf aku lupa nak beli rokok… kalau begitu kau beli boleh? ‘warungnya dekat je…!”
Kodok: “Tak kan aku pulak… kan tuan rumahnya si kura- kura”
Kura-kura: “Iya jugak… tapi kan aku jalan lambat. Kalau kau kan boleh cepat…!!”
Kodok: “Ah… mana boleh macam tu!! Kalau cakap soal cepat ni… mesti si lipan kaki seribu lebih cepat dari aku… kakinya je ada seribu!!!”
Kura-kura: “Oh iya ya.. baik kau yang pergi je, lipan kaki seribu…”
Lipan Kaki Seribu: “aik aku pulak kena…”
Kodok: “Udah… takde ape2 g je lah…”
Akhirnya si lipan kaki seribu pergi juga untuk membeli rokok.
Si kodok dan kura-kura bergembira sambil berkaraoke la... la... la.... Lima minit menunggu….si lipan kaki seribu belum datang juga… 10 minit… 20 minit… satu jam… dan sampai lah tiga jam lipan kaki seribu masih tak balik lagi.
Kodok: “ish kenapa la si lipan ni tak balik lagi..?”
Kura-kura: “Iya lah… risau aku… jom kita pergi tengok…!”
Kodok: “orait jom..!”
Tapi lepas si kura-kura buka pintu… si lipan memang ada di depan pintu.
Kura-kura: “ha ni dia…!”
Kodok: “lama dah kami tunggu... mana rokoknya. Tak tahan dah ni nak merokok…?!”
Lipan Kaki Seribu: “macam mana nk beli… jalan pun belum…!!”
Kodok: “Haah belum jalan?! Abis dari tadi buat apa?…?
Lipan Kaki Seribu: “Yeeeeeeeee… susah ni… kan aku tengah PAKAI KASUT ! ! !!!!

p/s: Hehehe... Pengajaran berguna : Berhentilah Merokok!

1 comments: