Ahad, 24 Jun 2012

7 LANGKAH BIJAK TENTANG GULA

APAKAH GULA?

1. Gula  adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber  tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
2. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
3. Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
4. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
5. Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .





7 LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
3. Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
7. Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.

Dialife adalah makanan kesihatan yang berasaskan kepada kombinasi 100% herba pelbagai jenis yang dapat membantu pesakit kencing manis. Formulasi Dialife ini adalah berdasarkan perubatan ayurveda yang mendapat pengiktirafan dari India System of Medicine di India.

Kandungan herba Dialife:
- Ashwaghanda - Amalaki - Madhunashini - Nimba - Jamboo - Vijayasara - Methika - Saptachakra - Karvellaka - Matsyakshi  -

Fungsi Dialife:
1. Meningkatkan metabolisme glukosa dalam badan.
2. Memperbaiki pengawalan glukosa.
3. Memulihara pankreas dan sel-sel pengawalatur glukosa.

Arahan:
Ambil 1- 2 kapsul setiap hari. 30 minit sebelum makanan utama.
DIALIFE (60 kapsul x 500mg) : RM86.80 + RM10 (Penghantaran)
Jika berminat/ sebarang pertanyaan, Hubungi 014-606 9996

2 comments:

  1. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    BalasPadam