Isnin, 5 Mac 2012

Kehidupan Baru



Alhamdulillah, selamat melaporkan diri. Sudah tentulah kenangan-kenangan zaman belajar dulu muncul kembali. Lebih-lebih lagi bila jumpa semula dengan pensyarah-pensyarah ketika waktu belajar dahulu.
Hari ni bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar... Ya, kembali menjadi pelajar setelah hampir 3 tahun meninggalkannya.... Semoga semuanya berjalan lancar. 

***
Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih
dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa
dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

Selemah-lemah manusia
ialah orang yg tak berusaha mencari sahabat
dan orang yang lebih lemah dari itu
ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari.

Supaya engkau memperoleh sahabat,
jadikan dirimu sendiri lebih dulu sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang lain.

Ungkapan sahabat yang jujur lebih besar harganya
daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.

Sahabat yang baik adalah orang yang berkata benar,
dan bukannya orang yang hanya membenarkan kata-kata.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan dukungan.
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain
yang lebih menguntungkan.

Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal,
terikat kepadamu ketika kamu berkata,
" Tinggalkan aku sendiri ".

Kesunyian bukanlah sekutu derita,
melainkan sahabat ketinggian jiwa.

Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat
yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.
***

1 comments: