Rabu, 22 Februari 2012

Belajar dan terus belajar..!

Selamat hari Rabu kepada semua. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.


Belajar dan terus belajar..!

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni orang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu. ~ Imam Shafie



Sememangnya untuk membahagikan masa di antara tugas belajar dengan perkara lain amat mencabar dan memerlukan kekuatan yang tinggi untuk melaksanakan apa yang telah ditetapkan. InsyaAllah dengan keazaman yang kuat pastinya dapat melaksanakan semua perkara tersebut dengan jayanya. InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah...

0 comments:

Catat Ulasan