Khamis, 8 Disember 2011

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Anda ke mana ye cuti sekolah kali ni? Mungkin ada yang melancong ke luar negara atau ada yang tak ke mana-mana kan? Tak tau nak gi mana ye? Ila nak kongsi cuti-cuti kami kali ni sempena ketibaan ayahanda, bonda dan adinda dari Terengganu ke Rawang.  


Cuti-cuti Malaysia: Sabtu lalu, kami ke Sungai Kanching. Apa yang ada kat sungai ek? Air terjun???  Waa... apa lagi... mandiii... sejukkkk! 


BERHATI-HATI ye! Kenapa? Sebab ada pakcik ni... satu keluarga kuar jalan-jalan. Sesiapa yang bawa makanan akan jadi perhatian mereka dan mungkin akan jadi mangsa! Makanan anda akan jadi milik mereka. Hihihi =)

Cuti-cuti Malaysia: Ahad, kami ke Zoo Negara pulak. Apa yang ada? Pelbagai jenis binatang ada kat sana. Orang pun ramai datang. Almaklumlah, cuti-cuti sekolah camni, tambahan pula hujung minggu.


Pelbagai binatang ada...zirafah, gajah, burung, rusa, orang utan, harimau, singa, badak dan banyak lagi. Akuarium pun ada. Penat jalan-jalan =)

Cuti-cuti Malaysia: Selasa, kami semua ke Bukit Cahaya Shah Alam.  Kat sini pula banyak aktiviti boleh anda lakukan. Berbasikal pun boleh =) Ada taman haiwan, rumah cendawan, perkampungan budaya dan banyak lagi. 



Kami semua ke rumah iklim sederhana 4 musim. Musim apa sekarang ek? Musim sejuk la!


Sejukkkkkkkkkk... Hehehe. Sesiapa belum pergi, boleh lah ke sana segera. Sekian. 

Pada malamnya, tibalah masanya ke berangkatan pulang ayahanda, bonda dan adinda ke Terengganu. Mereka selamat sampai ke Kuala Terengganu jam 5.30 pagi Rabu 07/12/2011.

4 comments:

  1. saya duk shah alam, tapi belum pernah pergi lagi bukit cahaya tu. hehee :D

    BalasPadam
  2. .........cP~

    Jalan-jalan cuti sekolah bersama keluarga =)

    BalasPadam
  3. Dato' Dr. Nurul 'Afifah :)

    sy pegi 2 kali, dulu pegi ngan kwn waktu belajar kat uitm, kali ni bawak family jalan-jalan =)

    BalasPadam