Ahad, 16 Januari 2011

Tips Temuduga

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kawan-kawan nak ke mana hari ni ye? Ila tak ke mana pun, hanya buat persediaan untuk temuduga esok. Jom kongsi tips yang ila dapat. Persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadiri temuduga?




Perkara yang perlu dititikberat:

1. Penulisan resume. Apabila menulis resume, fokus perlu diberikan kepada skil, pengalaman, tanggungjawab dan pencapaian yang paling releven dengan syarikat dan jawatan yang dipohon.
2. Pastikan anda membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan.
3. Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

Contoh-contoh soalan temuduga:

1. Tell me about yourself. / Ceritakan tentang diri anda.
2. Why should we hire you? / Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?
3. Why do you want to work here? / Mengapa anda memilih syarikat ini?
4. What is your greatest weakness? / Apakah kelemahan anda yang paling ketara?
5. Why did you leave your last job? / Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas?
6. Describe a problem situation and how you solved it. / Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.
7. What accomplishment are you most proud of? / Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?
8. What are your salary expectations? / Berapakah gaji yang anda harapkan?

Jom baca artikel ni, Panduan Hadapi Temuduga. Menarik!
Panduan temuduga kerja pun banyak membantu... >> http://bit.ly/temudugakerja <<
Kawan-kawan doakan ila ye :)

6 comments:

  1. nice sharing..hmm ritu mase nak intebiu utk praktikal sgt excited nak buat resume bagai..then tibe hr intebiu,xkene intebiu pn!die juz mnx ketas utk cop2,dah balek.last2 keje cam hampeh! sob2...xsuke praktikal..huwaaaaaaaaaa...

    BalasPadam
  2. tips yg best...alhamdulillah da lepas smua interbiu... ^^

    BalasPadam
  3. masa nak kena test ielts untuk part speaking pun ada rasa macam tgh ditemuduga. haha

    BalasPadam
  4. bagus ni. hihi. terima kasih sbb bkongsi :D

    BalasPadam